SEJARAH SEKOLAH <
Pair of Vintage Old School Fru
body onload="FP_preloadImgs(/*url*/'images/buttonD.jpg', /*url*/'button3.jpg', /*url*/'button2.jpg', /*url*/'buttonF.jpg', /*url*/'buttonE.jpg', /*url*/'button12.jpg', /*url*/'button11.jpg', /*url*/'button15.jpg', /*url*/'button14.jpg', /*url*/'button1B.jpg', /*url*/'button1A.jpg')" background="bg1.jpg">

Laman UtamaSejarah SekolahMaklumat SekolahPencapaian SekolahHubungi Kami

LATAR BELAKANG SEKOLAH

Pengenalan

Sekolah Rendah Agama Bersepadu (SRAB) mula diperkenalkan di Negeri Johor hasil Mesyuarat Jawatankuasa Kajian Terhadap Sistem Pendidikan  Agama Negeri Johor yang telah dipengerusikan oleh Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri Johor. Ia dicadangkan untuk mencapai maksud dan kehendak Pelan Tindakan Belanjawan Kajian Pendidikan  Agama 1998.

Penubuhan SRAB

Pada 4 Januari 1999, Sekolah Rendah Agama Bersepadu (SRAB) Kerajaan Negeri Johor telah memulakan sesi persekolahan yang pertama di lapan buah sekolah di seluruh Negeri Johor dengan sebuah sekolah  di setiap daerah. Penubuhan Sekolah Rendah Agama Bersepadu (SRAB) Kerajaan Negeri Johor juga adalah kesan dari hasrat masyarakat di negeri ini yang inginkan kesinambungan kepada darjah khas. Sekolah Rendah Agama Bersepadu (SRAB) Kerajaan Negeri Johor Daerah Batu Pahat ditubuhkan pada Januari 1999, menumpang di bangunan Sekolah Agama Kenangan Dato’ Onn. Mengambil pelajar-pelajar tahun satu lelaki dan perempuan seramai 85 orang, dibahagikan kepada dua kelas iaitu 1 tabah dan 1 cekal. Tenaga pengajar seramai enam orang dan seorang pembantu tadbir.

Pada Tahun 2002, Sekolah Rendah Agama Bersepadu Daerah Batu Pahat telah berpindah ke bangunan baru yang terletak di Jalan Kelabu Asap, Taman Bukit Pasir, Batu Pahat. Bangunan ini merupakan bangunan 1 blok, mengandungi 12 buah bilik darjah, pejabat, bilik guru, bilik mesyuarat, bilik komputer, makmal sains, bilik serbaguna, stor sukan, bilik rawatan, perpustakaan, pusat sumber dan bilik solat. Pada tahun itu juga seramai 83 orang pelajar tahun satu, lelaki dan perempuan diterima masuk setelah menduduki ujian kelayakan pada Julai 2001. Penambahan lima orang tenaga pengajar baru pada bulan Januari 2002 dan dua orang lagi pada Julai 2002.

SRAB di bawah Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK)

Pada 14 Ogos 2012, Persefahaman (MOU) Pendaftaran Sekolah Rendah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia telah ditandatangani di antara Kerajaan Negeri Johor dan Kementerian Pelajaran Malaysia (Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Malaysia). Majlis ini disaksikan oleh D.Y.M.M Sultan Ibrahim Ibni Al-Marhum Sultan Iskandar.

 

Senarai Guru Besar yang pernah berkhidmat di SRAB Batu Pahat

Bil

Nama Guru Besar

Tempoh Berkhidmat

Mula Hingga
1

Ustaz Idris Bin Mashud

01/01/1999

15/01/2007

2

Ustazah Zainah Binti Mohamed Ibrahim

15/01/2007

01/01/2009

3

Ustazah Hajah Raziah Binti Haji Omran

01/01/2009

Kini

Senarai nama Yang Dipertua PIBG SRAB Batu Pahat

 

Bil

Nama Yang Dipertua PIBG

Tempoh Berkhidmat

Mula Hingga
1

Dr. Haji Mohd Ramli Bin Md Kari

1999

2007

2

Tuan Haji Mohamad Bin Mohd Said

2007

Kini

REKA BENTUK OLEH CIKGU WAN 2013